
Apa khabar agaknya readers sekalian. Semoga sentiasa berada dibawah lindungan oleh Allah SWT. Alhamdulillah, hari ini, khamis, berkesempatan untuk berkongsi sedikit cerita untuk anda semua. Tengok tajuk pun dah tahu kan? Hehe.. Sebenarnya semalam dapat berita yang menggembirakan. Saya terpilih menjadi salah seorang fasilitator untuk program " Perkampungan Generasi Insan Solehah 2012 (PERGIS 2012) " anjuran PERKEPIS. Jujur saya katakan, saya sangat berdebar saat ini. Tambahan pula ini kali pertama saya dipilih untuk menjadi Fasilitator. Mungkin ada yang menganggap ianya biasa sahaja, tapi bagi saya ia memberi seribu makna untuk diri sendiri. Apa yang diharapkan adalah, semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. InsyaAllah.. :)
Doakan semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah..











0 Budak Comel:
Post a Comment
Jazakallah Khairan kepada yang sudi komen. ♥